Search

KURNIAAN KOMPUTER RIBA OLEH DYAM TUNKU MAHKOTA JOH...

  • Share this:

KURNIAAN KOMPUTER RIBA OLEH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA ANAK-ANAK MUAR

Pada 29 Disember 2020, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM300,000 untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar miskin di sekitar daerah Muar.

Susulan sumbangan DYAM Tunku Mahkota Johor, Pejabat Daerah Muar telah mengenal pasti pelajar-pelajar dari keluarga e-kasih dan asnaf dari setiap mukim di daerah Muar yang amat memerlukan komputer riba.

Program sumbangan komputer riba ini akan bermula dari hari Jumaat, 15 Januari 2021 dan komputer riba yang disumbangkan adalah berspesifikasi tinggi bagi manfaat para pelajar dalam memenuhi keperluan pembelajaran mereka.

Sumbangan ini merupakan usaha DYAM Tunku Mahkota Johor sebagai ketua aktiviti belia di negeri Johor untuk membangunkan golongan belia dan memenuhi keperluan pembelajaran mereka yang kurang berkemampuan, terutamanya dalam keadaan penularan wabak Covid-19 ini.

DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan pemimpin yang prihatin dan mengambil berat terhadap situasi pelajar-pelajar di daerah Muar. Pejabat Daerah Muar menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan sumbangan ini.

SEMBAH TAKZIM
PEGAWAI DAERAH MUAR


Tags:

About author
not provided
His Royal Highness Major General Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor.
View all posts